Monday, August 15, 2011

Kerajaan Umum Bonus Setengah Bulan Gaji Kepada Kakitangan Awam


"Bonus raya - 1/2 bulan gaji" Alhamdulillah....

Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini. 
Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.
Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Alhamdulillah, tahun ni dapat bonus raye... setengah bulan gaji, banyak gak tuh.. walaupun gaji pokok tak bape nak hado... hehehehehe... boleh nak wat tambah2 nk beli baju raye, nk bayar kueh raye, kasut raye, plus raye raye raye yang laen lah... Bile PM dah umum tuh, mulelah kepala nih pk macam2, dan2 tuh lah kuar segala map shopping mall.. hihihihi.... Yang penting, persiapan untuk anak2... klu bab kita suami isteri takde lah sangat nak membeli nyer... tp, klu bab anak2 tuh kene di utamakan.. hurm, banyak perancangan nih.. ingat nak g Jln TAR.. tapi larat ke tidak, tak tahu lah nih... huhuhuhuhu!!! kot sok terberanak plak kat Jln TAR tuh hah, naye jerk.... ngee~~

Yang penting, short list dah buat... first, Jln TAR.. second, SOGO.. third, Mid Valley.. eceh siap senarai tuh x boleh belah... ape2 pon, tengok tahap keupayaan badan ni, larat or tidak.... mintak2 larat... nk SHOPPPIIINNGGGG!!!! hehehehehe.....

1) Jln TAR - tunggu kehadiranku~

2) SOGO - dunia Shopping~

3) Mid Valley - Byk choice kat sini~



0 comments:

Post a Comment