Tuesday, November 8, 2011

Salam Aidiladha 2011

Sesungguhnya hari raya korban atau hari raya Aidiladha membawa erti yang cukup besar kepada seluruh umat Islam di dunia ini. Ia juga dikenali sebagai hari raya haji, mengambil sempena Umat Islam yang sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci, Mekah. Menjelang hari mulia ini juga kita sering teringat kepada sejarah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail selepas menerima wahyu dari Allah supaya berbuat demikian. Persoalannya... Berapa ramaikah "Ibrahim" dan "Ismail" di luar sana? Semoga kita dapat menghayati erti disebalik sebuah pengorbanan agung :)  

Marilah kita saling mengingati dan sentiasa bermuhasabah diri sempena hari yang mulia ini. Mohon keampunan.. Gunakan kesempatan 3 hari yang dibenarkan bertakbir ini sebaik-baiknya.. Sama-sama menghayati erti pengorbanan yang sebenar.. InsyaAllah semoga kita mendapat rahmat daripada-Nya. Pengorbanan tidak semestinya dari segi material, wang ringgit tetapi usaha, keringat, akal serta doa juga merupakan satu pengorbanan....

~Xtvt pada Haji Raya Aidiladha~

~ my family ~
~ otw g umah atok ngan umah mak teh kat tmn u~
~Selamat bertunang umi ~
semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin